Lengkap – Cara memohon visa ke Australia online 2017

Merancang untuk melancong ke Australia?

Apa itu ETA? Berbeza ke dengan VISA?

An Electronic Travel Authority (ETA) provides authorisation to travel to and enter Australia and is electronically linked to your passport. It is for short term stays for tourism or business visitor activities such as attending a conference, making business enquiries, or for contractual negotiations. An ETA is not a work visa.

Maksudnya, ETA ni adalah versi ringkas untuk VISA bagi tujuan lawatan ke Australia, tujuan business meeting, conference atau honeymoon. Kalau tujuan nak petik buah tak boleh. So, ETA = VISA.

Syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Australia:

  • Boleh tinggal di Australia selama 3 bulan maksimum untuk setiap kali lawatan
  • Pastikan anda bukan pesalah jenayah
  • Adalah kesalahan menggunakan ETA untuk kegunaan bekerja di Australia. Nak pi kerja petik buah tak boleh

Cara memohon Visa secara online
Anda boleh terus layani laman web ni: https://www.eta.immi.gov.au/ETAS3/etas dan ikuti langkah-langkah dibawah:

 

Langkah 1
1. Tekan butang “Apply for an ETA
2. Ikuti sahaja screenshot dibawah

Langkah 1 – Australia ETA Visa

 

Langkah 2
1. Family Name, isikan nama bapak anda. Contoh: Bin Cassim
2. Given Names, nama anda: Aladdin
3. Issuing Authority, rujuk pada passport anda. Contoh: Saya buat passport di UTC Kuala Lumpur, maka tulis situ UTC Kuala Lumpur.

Australia ETA Visa
Langkah 2 – Australia ETA Visa

 

Langkah 3
1. Home Street Address, Jika alamat anda ada (/ : stroke), gantikan dengan (– : minus). Contoh: Jalan 3/8 gantikan dengan Jalan 3-8

Australia ETA Visa
Langkah 3 – Australia ETA Visa

 

Langkah 4
Ini adalah langkah terakhir sebelum anda ke Payment screen. Rujuk semua info adalah betul sebelum tekan butang Next.

Langkah 4- Australia ETA Visa

 

Langkah 5
1. Boleh bayar pakai Credit Card sahaja. Debit, CIMB Kwik card tak boleh (dah try).
2. Harga dikenakan adalah AUD$20 (bersamaan RM67.69 pada 18 April 2017).

Langkah 5 – Australia ETA Visa

 

Kalau cuba bayar pakai Debit, CIMB Kwik card tak lepas, akan keluar mesej seperti dibawah

Langkah 5.1- Australia ETA Visa

 

Langkah 6
1. Simpan no reference tu untuk semak status nanti.

Langkah 6 – Australia ETA Visa

 

Langkah 7
1. Yup that’s it! Senang bukan? Print dan simpan ETA ni dalam kocek.
2. Kebiasaanya ETA akan terus diapprove, tapi ada juga kes kena hold, tapi jangan risau dalam tempoh 24-48jam cek balik mesti dah lulus.

Australia ETA Visa
Langkah 7 – Australia ETA Visa

Ada soalan? Tanya kat ruang Leave a reply kat bawah, akan dijawab secepat mungkin 😉

11 comments On Lengkap – Cara memohon visa ke Australia online 2017

Leave a reply:

Your email address will not be published.