Tips ke Sydney, Australia (Gambar)

Kekdahnya nak share tips and tricks semasa korang berada di Sydney. Supaya boleh kalian jadikan post ini sebagai rujukan untuk create a better plan for your trip. Sini aku share essential things yang korang kena sediakan atau dapatkan. Antaranya, internet, hotel penginapan, tukar duit, cuaca dan eh macam-macam lah!

 

1. Internet

Nama : Optus My Prepaid Ultimate Starter Kit

Harga: $30

Data : 3GB

Web : http://www.optus.com.au/shop/mobile/prepaid/sim

Kebanyakkan convenience store ada jual prepaid ni. Tipsnya, macam aku takmau pening-pening kepala, sampai je airport sana terus beli. Cukup ke 3GB untuk 5 hari? Aku punya siap tak habis pakai pun. Jangan mengada nak streaming sudahlah kan?

Cara nak activate? Senang je, lepas dah cucuk kat simtray phone kalian tu, ikut je arahan daripada screen tu. Activation ambil masa lebih kurang 20 minit.

 

2. Travelling card

Nama : Opal Card

Harga : $10, $20, $40, $60

Kat Malaysia kita ada Touch n’ Go, kat sana Opal Card. Kad yang baru dibeli mestilah ditopup untuk isi amount dalam kad tu. Tipsnya, kitorang sampai kat airport terus cari Convenience Store untuk beli Opal ni (Beli mana-mana pun harga sama aje). Topup $40 dan terus boleh pakai. Kad ni boleh dipakai untuk apa jua transportation (bas, ferry, train, tunggang kangaroo tak boleh).

Total amount aku topup untuk Opal card semasa disana $60, balance tinggal $2.46

 

3. Penginapan

Nama : Meriton Serviced Apartment, Bondi

Harga : Total $540.43 / RM1,769 (5 hari 4 malam)

Satisfaction rating : 4/5

Aku book hotel ni melalui Booking.com. Awalnya book kat Agoda, tipsnya seminggu lepas tu saja cek harga kat Booking.com, ummph lagi murah, kekdahnya cancel lah kat Agoda tu, book baru kat Booking.com (RM120 kut beza harga kalau tak silap).

Setiap kali kalian tinggalkan bilik, datanglah mereka-mereka mengemas, pinggan-pinggan den di cucinya. Baguih boleh buat menantu!

Ini penting, kebanyakkan penginapan kat Sydney, tang internet diorang kedek, entah kenapalah kan. Ada hotel yang kalian kena bayar untuk gunakan internet, kebanyakkannya limitkan pada 500MB sehari. Apartment kitorang generous sikit, kasi 1GB sehari.

Ini lagi penting, kat Sydney, jangan kau cari pili air bersebelahan mangkuk jamban tu waima kemana saja kau pegi, memang tak kan ada. Kecuali kalian pergi restaurant muslim, diorang ada sediakan macam jug gituu. Ok, honestly tang ni aku tak tau camana nak nasihatkan, urm.. pepandai lah?

 

4. Penukaran duit

Kalau terdesak korang nak pakai cash, boleh cash out atau withdrawal kat ATM. Kad yang aku cuba pakai untuk keluarkan duit ialah Cimb KWIK. Jangan risau, walaupun kau pakai simcard Australia, TAC number akan tetap dapat. Tapi banyak bank kat Sydney ni, ATM mana satu? Dude, kau boleh cash out kat Westpac Bank. Setiap transaksi yang dibuat akan di charge RM10 dan juga current currency exchange waktu tu.

Money Exchange, waktu kitorang menuju ke Paddy’s Market cash dah mula kekurangan kat tangan, dah separa gelabah. Tipsnya begini, semakin dah dekat dengan tempat famous atau kata lain tempat tourist, semakin mahal currency tu. Jadi, jika korang jumpa first money exchanger, terus tukar tak perlu banyak songeh.

 

5. People

Astaga, orang kat sana memang peramah orangnya dan full of manners, terlanggar bahu sikit je pun terus “Sorry mate, u ok?“.  Incase kalian sesat, bedal je tanya sesiapa. Tak perlu risau untuk jalan sorang diri kat tempat gelap sebab kalian akan rasa selamat, tapi jangan pulak cari pasal kan.

Teringat kisah kitorang baru sampai Sydney dah checkin apartment bagai, perut lapar.. Jadi keluarlah mencari makanan ringan untuk alas perut sementara menunggu hari esok. Waktu tu pukul 1130PM, orang dah tak ramai tp nampak ada satu abang bonzer jaga pintu masuk club.

Hantam je tanya dia:

Aku: Hey bro, do you perhaps know where’s the nearest 7 Eleven around here?”.

Abang bonzer: “Yes sure mate it’s just over there”.

Aku: “Oh thanks bro”.

Abang bonzer: “No worries buddy”.

(Dalam hati, eh tak garang pun?)

 

6. Getting around

All the time, kitorang nak ke point A ke B, sentiasa pakai Google Map, seriously sangat membantu. Cuma kena ready bawak powerbank lah bila selalu turn on “Location” kat phone tu kan.

 

7. Cuaca

Ini kat Scenic World, tempat tinggi 11°C, 1:15PM

Astaga, bulan Mei yang kitorang pegi tu adalah cuaca yang best. 15C, berangin sejuk walaupun panas waktu tengahari. Senang ceritanya, cukup-cukup je rasanya dan tak perlu risau, ketiak kalian tak berpeluh. Tapi, awal pagi kena pakailah sweater sebab memang sejuk dah tengahari kitorang bukak je sweater.

 

8. Luggage

Tips ni untuk kalian fly pakai AirAsia. Entahlah sejak menjak ni mengada pulak AirAsia limitkan Luggage + Backpack : 7kg. Aku dah mula resah sebab tak pilih checkin luggage waktu beli tiket, bawah ni harga untuk checkin luggage 20kg:

Ketika beli tiket kapal : RM90

Selepas dah beli tiket kapal : RM114

Ketika di airport klia2 : RM150

Punya kemain gigih siap timbang luggage kitorang sebelum fly guna penimbang baru mak mertua punya, total berat luggage 7.3kg. Dah terlebih pulak dah, pendek ceritanya tawakal. Pergi airport akak kaunter timbang luggage aku, 7.6kg! Maigad womann, dah bedebar kut melayang RM150, maka kenyit mata sikit kat akak kaunter, lepas beb! (Seriously jangan kenyit, tipu je). Aku fikir diorang cek secara rambang je tang berat luggage ni, tak kena mood akak kaunter tu, maka terbanglah RM150 kalian.

 

9. Makan minum

Since ini first time kitorang pegi Sydney, maka kena explore sikit tang nak cari tempat makanan halal. Kalau korang nak makan fancy area Darling Habour ada a few tempat halal, kebanyakkannya kedai Pakistan and so on. Tipsnya, kalau tak terjumpa juga restorant halal pegi lah McDonald beli Fish Filet & Coffee (safe bet) atau cari kedai yang serve Fish & Chips. Secara generalnya, personally aku rasa susah sikit nak cari tempat makan halal kat Sydney.

 

Misc

Dude, kat sana lobang plugnya berbeza dengan Malaysia, kitorang memang buat-buat lupa nak beli Plug tu kat Malaysia, kekdahnya mencarilah plug tu kat sana. Pegi Chemist Warehouse yang mana supposely barang-barang kat situ murah, maigad womann mahall. $29! Tapi jangan panik, kitorang request sama helpdesk kat apartment tu terus dia hantar ke bilik tanpa charge. (Selamat $29 aku).

Dude, kebanyakkan mall atau restaurant diorang pukul 530PM atau 830PM dah tutup dah. Maka, rancang elok-elok ye. Sebab 530PM tu dah gelap, macam 730PM Malaysia.

Salah satu favorite thing ever kat Sydney bagi aku? Coffee latte di 7Eleven, setiap 7E ada coffee ni, harganya $1. Hampir setiap pagi dan malam mesti singgah 7E beli coffee.

Bagi perokok, let me warn you, rokok sana mahal. Seriously, average harga sekotak ialah $29 / RM94! So, tipsnya bawak terus rokok korang dari Malaysia, maksimum yang boleh bawak masuk ke Australia ialah 50 batang atau 2 kotak 1/2.

Matawang diorang tak pakai duit kertas untuk $1 &2, dan syiling diorang berat okeh, londeh jugakla dibuatnya seluar aku. Long story long, hari terakhir kami kat sana duk kira total syiling, kesemuanya worth $35. Kenapa tak tukar je syiling tu kat Malaysia? Sebab rasanya almost semua money changer kat Malaysia tak terima syiling (aku dah penah kena sebelum ni waktu pegi bandung diorang tak terima tukar syiling). Tipsnya, kalian boleh tanya helpdesk hotel/apartment kalian untuk tukar atau macam aku pi tukar kat airport. Cari money changer yang dioperate oleh bank, diorang terima syiling.

p/s: Nantikan post penuh tentang Day 1 – Day 5 kami kat Sydney

Leave a reply:

Your email address will not be published.